Bagaimana saya menggunakan SSL (baca https) Untuk Domain Website

Kalau anda terbaca tentang artikel ni, mesti anda seorang yang dah ada pengetahuan tentang SSL dan https. Jika tengok pada browser anda pun, ada nampak icon “lock” ataupun “mangga” ¬†di sebelah alamat URL. Mangga bukan buah tu, mangga kunci kan?

Ok, apa yang saya gunakan pada domain ini adalah SSL percuma daripada Cloudflare. Terima kasih Cloudflare untuk servis PERCUMA dan mudah ini.

Kenapa saya guna Cloudflare?

Pada asalnya saya gunakan Cloudflare adalah untuk kemudahan dalam menguruskan DNS. Memandangkan saya masih belum berjumpa dengan hosting yang betul-betul mengikuti kehendak saya, dan bajet saya ni (hahaha gelak sikit dalam hati), maka setiap kali beli hosting baru, saya kena kemaskini semula DNS.

Apa yang lecehnya , ada sesetengah domain manager service agak leceh. Kalau anda guna domain dari godaddy, memang mudah dan “straigh forward”. Namun apabila anda gunakan domain mynic (contoh .my atau .com.my) , maka huru hara nya akan dirasai. Sebelum saya setting Cloudflare ni pun, ada masalah juga, sebabnya nombor telefon lama yang diassign pada technical contact dah tak updated.

Jadi, bila saya nak update DNS baru dalam domain manager mynic, mereka akan hantar kod pengesahan menerusi telefon. Nombor lama pula tu. Jadi saya contact mynic dah lebih 2 minggu pun tak ada juga.

Terpaksalah saya dapatkan juga nombor lama tu untuk dapatkan kod pengesahan. (tutup cerita tentang mynic ni)

Antara sebab saya pasang Cloudflare adalah kerana saya ada terbaca rakan blogger menulis tentang servis SSL yang percuma dari Cloudflare. Hmm, senang je rupanya. Nak tahu senang ke Senang, baca lah lagi.

Persediaan Untuk Memasang SSL Pada Blog WordPress

  1. Pertama sekali, perlulah ada account Cloudflare. Pergi je ke www.cloudflare.com.
  2. Dah berjaya register, seterusnya , klik pada Add Site
  3. Masukkan nama domain dalam kotak dan klik Begin Scan. Sistem Cloudflare akan mula membaca website hosting anda. Tunggu sehingga progress bar berjaya.
  4. Klik pada Continue Setup
  5. Seterusnya klik pada Continue. Biarkan default sedia ada pada setting tersebut.
  6. Seterusnya, pilih plan Cloudflare anda. Saya ambil Free Plan sahaja. Kemudian terus klik Continue
  7. Anda akan menerima nama DNS daripada Cloudflare. Jadi, masa ini anda kenalah pergi ke domain manager (di mana anda mula beli domain blog anda, dan tukar DNS kepada DNS dari Cloudflare.
  8. DNS Cloudflare akan aktif apabila anda sudah membuat penukaran DNS seperti langkah 7.
  9. Seterusnya, bila anda menerima pengesahan emel daripada Cloudflare, anda boleh lah memasang Plugin Cloudflare pada blog anda.
  10. Dalam tetapan domain anda, anda boleh lihat sama ada SSL dah diaktifkan ataupun Off. Jika off, sila aktifkan dan pilih Flexible SSL.
  11. Kemudian pada dashboard Cloudflare, masuk kepada domain anda, pergi kepada tetapan Page Rule, buat satu Rule http://*.namadomain.com/* , dan setkan Rule Always https.
  12. Jangan aktifkan dulu ye. Seterusnya di dalam dashboard wordpress anda juga, install SSL Insecure Content Fixer.
  13. Lepas pasang dan install plugin di atas, dashboard wordpress akan automatik logout.
  14. Sekarang aktifkan page rules.
  15. Baru la test kat browser.. Haa, ada logo mangga ataupun Perisai tak kat sebelah URL tu? dan dah jadi automatik https? ok . kalau dah tu kira dah berjaya dah.
  16. Kalau tak berjaya , komen lah bawah, saya bantu lah kalau mana yang termampu.

Leave a Reply