Hosting SSD dari NusantaraHost

Dalam beberapa bulan lepas, saya membuat kajian tentang hosting yang lebih murah tetapi cekap dan terkini.

Antara hosting yang biasanya saya cari termasukkan dari negara US, India, Malaysia dan tak terkecuali dari negara Indonesia.

Akhirnya saya memilih untuk mencuba perkhidmatan SSD Hosting daripada Nusantarahost.

Pada mulanya saya mendaftar sahaja tanpa membeli apa – apa pakej hosting. Selang beberapa minggu selepas itu saya ada menerima Offer yang terlajak murah, dengan diskaun sehingga 99% untuk 6 bulan pertama hosting SSD.

Saya katakan, “WOW!!” . Rugilah kalau saya tak ambil peluang ini.

Cumanya kekangan sedikit dari pihak saya untuk membeli hosting Nusantarahost kerana masalah pembayaran. Untuk transfer dari paypal ada sedikit “glitch” yang saya tak pasti dari mana.

Saya cuba mencari solusi juga, dan akhirnya saya menggunakan perkhidmatan e-remit untuk menghantar pembayaran ke akaun di Indonesia.

Jadi , saya dah dapat satu peluang untuk belajar cara melakukan pembayaran ke luar negara.

Berbalik kepada hosting Nusantarahost, apabila akaun sudah diaktifkan, saya pun login ke cPanel.

Ianya sangat menarik kerana, cPanel sudahpun dikemaskini ke versi terkini. Dan sudah pasti proses navigasi di dalam cPanel lebih lancar kerana ianya dipacukan menggunakan SSD.

Buat yang belum faham apa perbezaan SSD dan Hosting Biasa yang menggunakan hardisk SATA, SSD lebih pantas dari segi pemprosesan data kerana kelajuan SSD itu sendiri berbanding SATA disk.

Nanti saya akan kemaskini lagi artikel ini, dan juga untuk kawan-kawan dari Malaysia yang nak belajar cara transfer ke akaun di Indonesia pun saya akan buat satu post lain.

 

Kalau ada kawan-kawan berminat untuk mencuba hosting Nusantarahost ni, anda boleh klik pada banner di sebelah kanan atau di bawah (bagi versi mobile).

 

Leave a Reply