Kelebihan Memborong Terus Dari China

Tidak dinafikan lagi, ramai peniaga-peniaga di Malaysia menjual produk yang diborong dari China. China adalah kilang pengeluar produk yang ‘rare’ dan juga canggih yang mana ianya boleh melengkapi keperluan rakyat Malaysia.

Jadi tidak hairanlah ramai peniaga sama ada peniaga pasar malam atau ‘street market’, peniaga ‘online’ dan juga pengeluar produk mendapatkan barang daripada China. Ada yang mendapatkan daripada pengimport utama, seperti di pusat jualan borong di GM Plaza(setakat yang saya tahu, terdapat dua GM iaitu di Chowkit dan di Bukit Tinggi, Klang). Ada yang membuat belian borong secara terus menerusi trip memborong ke China.

Ada satu lagi alternatif lain, iaitu dengan memborong terus dari China secara ‘online’.

Kelebihan peniaga yang memborong terus dari China adalah :

  1. Mereka akan mendapat margin keuntungan lebih tinggi berbanding membuat tempahan borong menggunakan khidmat ejen (atau forwarder). Ini kerana tiada kos forwarder dan caj ejen dikenakan. Ada yang mengenakan caj mengikut jumlah transaksi sehingga 10 hingga 20 peratus transaksi jualan, dan itu juga tidak termasuk caj penghantaran.
  2. Mereka juga boleh bersembang / berhubung secara terus dengan penjual di sana. Ini secara tidak langsung memberi peluang untuk mereka membuat tawaran harga yang lebih murah daripada harga yang ditawarkan di dalam laman web. Untuk pengetahuan anda, antara laman web yang boleh digunakan untuk transaksi jualan online adalah taobao.com dan aliexpress.com dan alibaba.com.
  3. Mereka juga boleh mendapat katalog produk terbaru dengan lebih cepat berbanding peniaga yang mendapat barang borong daripada pengimport di GM Klang. Ini adalah kelebihan dimana mereka akan dilihat sebagai ‘perintis’ yang membawa produk terbaru itu ke Malaysia. Apa lagi kan, kalau barang ‘rare’ ni, harga boleh meroket setinggi langit sebab tiada persaingan.

Namun ianya tidaklah semudah itu jika anda tidak mengetahui selok belok yang betul untuk memborong secara atas talian.

Jika anda nak tahu bagaimana nak memborong dari China, boleh dapatkan panduan borong dari China oleh Nigel Ong ini.

Atau jika anda nak mulakan sendiri dan menggunakan khidmat ejen, bolehlah mencuba sendiri melalui laman web ‘orang tengah’ taobao seperti di ezbuy ini.

Jika anda suka perkongsian ini silalah share dengan rakan-rakan ye.

 

Leave a Reply